Sunday, August 10, 2008

Ternakan Ketam Nipah - NIPAH ENTERPRISE(CA0128680-W)...'alam semulajadi sumber inspirasi..'

Sekapur Sirih..


NIPAH Ent…begitulah sinonnimnya nama syarikat Cik Pah ni dengan perusahaan ternakan ketam nipah yang Cik Pah sedang giat jalankan.…Ianya terletak di Kg Tanah Putih,Pekan Pahang...lebih kurang 17km dari bandar di Raja Pekan...dalam blog ni,Cik Pah akan berkongsi idea dengan kekawan sedikit sebanyak...





Macam-macam ketam..

Mungkin sekarang ramai dah semakin peka apa itu ketam nipah….lazimnya ketam nipah ni menjadi kegilaan hanya di kalangan bangsa Cina...tapi kini ianya tidak asing lagi bagi kaum Melayu dan juga India....


Ada sesetengah pihak yang mula mempertikaikan berkenaan hukum memakan ketam nipah ni…errmm..mai,Cik Pah nak khabaq mai….ketam nipah ni adalah dari jenis rustasia….ia bernafas menggunakan paru2,dan bukannya makhluk 2 alam sepertimana yang diperkatakan… ni dia fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam…










Hukum Menternak Ketam Nipah..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehsal Agama Islam kali ke-26.

Keputusan Muzakarah :
" Perusahaan menternak ketam nipah adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam…”

So,jgn la ragu wahai kawanku…ternak la tanpa was-was…

Pernah juga Cik Pah terpikir….kenapa ketam yang sebegini lazat sukar diperolehi?...pernah sekali tu Cik Pah pergi ke pasar borong Serdang bertanyakan tentang ketam nipah ni…tapi tiada seorang pun yang menjual ketam jenis ni…bila Cik Pah fikir2 balik..ermm,mungkin di sebabkan kawasan ‘mangroove swamp’ atau paya bakau yang terbatas…atau mungkin juga tidak ramai penternak yang berani menceburkan diri…atau juga mungkin ketam2 nipah ni dah semakin pupus…..hingga kini Cik Pah masih tercari2 akan jawapan yang pasti….

…buat pengetahuan kawan2 semua,negara pengeluar utama ketam nipah ni adalah Vietnam,Thailand,Sri Lanka dan juga Indonesia..


Bayangkan lah,sekilo ketam nipah bole mencecah sehingga RM40?...wowww!!sounds good….namun adakah ianya benar2 boleh di jadikan sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan kepada para penternak ketam?.....tepuk dada tanya selera…ahakss

Elok lah kalau Cik Pah berkongsi idea dengan kekawan semua….Cik Pah dah hampir 2 tahun menceburkan diri dalam bidang ni….market memang superb!!..tinggal lagi stock ajer yang kurang…manakala harga yang Cik Pah kenakan adalah berbeza mengikut saiz ketam2 tersebut…
Kebanyakkan tauke2 restoran berminat membeli ketam nipah yang diternak..cos ketam nipah yang ditangkap secara liar lazimnya punyai isi yang kurang padat,terutamanya time bulan penuh…

Pahit getir menternak ketam ni,kalau nak dikira, tidak terhitung banyaknya...masa mula2 Cik Pah running bisnez ni dulu..MashaAllah…memang rasa cam da nak quit….tapi Cik Pah terus kuatkan semangat…mana taknya,setiap hari kira-kira 5 ekor mati....bayangkanlah, betapa ruginya Cik Pah masa tu…namun ternyata,pengalaman mengajar kita bagaimana memperbaiki diri…

Dengan pengalaman yang ada ini lah, Cik Pah kini mampu menarik nafas lega…



INFO KETAM NIPAH (Scylla Serrata /Mud crab)



Nama saintifik ketam nipah ni adalah Scylla Serrata….Kat sini Cik Pah ingin berkongsi sedikit sebanyak info penternakan ketam ni dengan kekawan semua…tak ke mana pun kalau kita lokek ilmu kann…


AIR


Ketam jenis ni hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan. Itu sebab kedalaman air kolam hendaklah sekurang2nya 3 kaki dalam. Cos kalau cetek, bila hujan 3 hari berturut2, air kolam dengan cepat akan berubah menjadi tawar. Satu lagi,kitaran air kolam hendaklah diambil kira juga. Sebaik2nya, pastikan air sungai sentiasa kuar masuk ke dalam kolam bagi tujuan pembersihan, cos air yang kotor boleh menyebabkan ketam2 tersebut mudah dijangkiti bakteria. Tambahan lagi, proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar2 bersih!!!..




KOLAM

Sistem penternakan yang Cik Pah jalankan masih lagi ‘conventional’,yang mana Cik Pah aplikasikan kehidupan ketam dalam kolam dengan kehidupan semulajadi ketam2 tersebut. Contoh…tanam pokok nipah di sekeliling kolam,serta pokok2 lain yang boleh meredupkan persekitaran kolam. Pastikan kolam mempunyai tempat perlindungan bagi ketam..contoh,dengan menanam pokok nipah. Cos pelepah nipah ni sejuk,dan menjadi kawasan perlindungan yang amat baik untuk ketam. Selain itu juga,pelepah nipah ni berfungsi sebagai tempat perlindungan dari ketam2 yg buas lagi ganas..


Ketam-ketam ni tengah syiok main air....











MAKANAN


Cik Pah bagi makan ketam setiap hari…tak pernah mis,,, …cos makin kerap bagi makan,makin cepat la ketam2 membesar… waktu petang adalah time yang paling sesuai bagi makan…Cik Pah bagi makan ikan baja…kalau kat pasar, RM1.50 sekilo je..…(kalau pandai bodek tauke ikan,lagi dapat murah..huhu)



PASARAN

Bila ketam2 ni da capai berat sekitar 300g, maka Cik Pah dah start jual. Cos 300g ni dikira tempoh matang yang standard. Harga yang Cik Pah jual pula depends pada saiz ketam2 tersebut...lazimnya saiz ketam yang besar harganya lebih mahal dari saiz ketam yang kecil…. Masa packing plak,make sure ketam2 tu siap diikat dengan ikatan yang kemas..kalau tak,si ketam ni akan bergaduh sesama sendiri,sehingga boleh menyebabkan kematian…



















HARGA

Manakala harga yang Cik Pah kenakan berbeza mengikut saiz ketam..

Ketam saiz besar = RM30 sekilo (600g-keatas)

Ketam saiz sederhana = RM25 sekilo (400g-599g)

Ketam saiz kecil = RM24 sekilo (300g- 399g)




Kenali Ketam Nipah



Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya...berbeza pula dengan ketam betina…yang mana ketam betina ni,saiz badannya lebih besar dari sepit…

Ketam jantan

Ketam betina






















Selama pemerhatian Cik Pah,ketam betina ni lebih sensitif jika dibandingkan dengan ketam jantan…contoh: saliniti air

Ketam nipah dalam kolam Cik Pah ni ada pelbagai jenis warna…sila lihat gambar...







Ketam warna merah selalunya mendapat permintaan yang lebih tinggi…ini disebabkan isinya lebih padat jika dibandingkan dengan ketam2 yang berlainan warna…(tengok aja la betapa ganasnya ketam merah ni…tak pernah yang tak ternganga sepitnya...huhuh..AWAS!!)


Nak mengikat ketam ni pun kena lah ada caranya…bukan boleh main taram jer..salah cara jer,abis tercabut sepit atau kaki2 nya….kan da rugi nanti…





Besar tak ketam ni!!..haaa…jangan tak tau…ketam ni diberi nama Mr Bob...comot skit…usianya da hampir 6 bulan…kira jantung hati Cik Pah la ni…ganas u!!!

Insyallah,dengan keizinan Allah,3 biji kolam kini dalam proses untuk dibuka...awal tahun 2009,maka beroperasi lah ia.....ingat tu kekawan,'di mana ada kemahuan,di situlah ada jalannya'...bukan mudah nak jadi senang ni ....


HIDANGAN KETAM NIPAH (ermm..yummyy..)


Ternyata,keenakkan ketam nipah ini tiada tandingannya jika dibandingkan dengan sea food yang lainnya….sekali rasa,pasti nak lagi…di tambah pula dengan cara masakan yang kena dengan selera si pemakannya…ermm,pastinya sehingga menjilat jari!!

Ketam nipah ni sesuai dimasak dengan apa juga jenis masakan…kari,sup,masak kicap,sweet sour,percik,rendang,lemak cili padi dan banyak lagi…




">Link

52 comments:

ZAWS FERTILIZER said...

SEMOGA BERJAYA DALAM
SEGALA BIDANG Yg DICEBURI

Dari Kami

ZAWS Agrotech
Bangunan Unit Peladang,
Jalan Gaung Kundang
Kampung Tehel,
77200 Melaka.

Ternakan cacing Melaka
http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/

Email : zaws_agro@yahoo.com
Suhaimi '019-6501125

Anonymous said...

boleh kah cik pah bgi tau sket bgaimne nak membiak kn ketam dri telur?

Anonymous said...

sehingga kini cik pah masih tercari2 akan kaedah pembiakkan ketam ni

Anonymous said...

jdi maksudnye cik pah menternak dri telur lah ye. dri mne plak cik pah dpt benih ketam 2?

foxshrek said...

nice project...

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi maklumat.

Saya mmg peminat ketam nipah dari dulu..mmg menjilat jari la kalau kena dgn masak lemak cili api..puuhhh..

kolam dah buleh buat lawatan ke??

Anonymous said...

takda masaalah...tinggal lagi cik pah akan setkan date tuk u all buat lawatan k..mungkin lepas2 raya k

Anonymous said...

Salam,
Mr Bob tu nampak sikit punya besar, berapa berat dia??

Kalau jual berapa harganya??

Nampak size dah macam King Crab kat Bering sea..

Anonymous said...

mr bobpunya weight dalam 1 kilo lebih...usia dalam 7 bln lebih...sekilo dalam rm30..tu harga pasaran kat kuantan..kalau kl lagi la mahal...hotel2 nak saiz mcm ni la..tp probnya,kena banyakkan stok..mr bob ni under our RnD proses...nk tgok,sejauh mana dia bole besar..

Anonymous said...

Saya rasa cik pah ni memang minat penternakan...dari ketam, kemudian boer. Sekarang dah posing dengan lembu pulak... Anyhow, good luck. Tak banyak orang yang boleh buat. Banyak yang cakap cakap je. Pengetahuan tanpa praktikal is equal to zero.
Anyway, kita orang memang nak datang melawat mr Bob lepas raya. Mungkin satu bas...

Anonymous said...

Mr Bob tu buleh pakaikan dia baju raya kot..he..he..besar sangat..

ada niat nak jual dia ke?? kalau nak jual, dah ada org nak booking nii..

ada ketam betina yg hampir sama saiz dgn dia tak??

Anonymous said...

So far ada bantuan dari mana2 jabatan kerajaan??

Technical support dari Mardi ada tak kat sana??

Anonymous said...

Semua jabatan2 kerajaan x pandang pun projek penternakan ketam nipah..sebelah mata pun depa x pandang..so,selagi kita ada modal sendiri,kita mulakanlah slowly...di merata jabatan cik pah pegi,tp semuanya hanya downkan semangat...langsung x membantu...kerajaan x serius dalam memartabatkan bangsa melayu sebenarnya...itu yg pasti

Unknown said...

bagus usaha cik pah tu...teruja sy melihatnya....sy harap satu hari nanti awk akan jadi perternak ketam nipah yg berjaya....ketam nipah ni pun dah mcm dekat dgn nama awk...sebutan kat belakang pun dah bunyi "pah" lebih kurang cik "pah"....hehehehe...jgn marah gurau je....

Anonymous said...

salam kak pah, sy org pekan pon x tau ade orang ternak ketam nipoh nia, uhuk~ mcm best je sbb x penah mkn lg ketam nih......

Anonymous said...

Salam Cik Pah,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...agak2 bila masa yang sesuai buleh buat lawatan ke kolam ketam nipah ni??

Kena tanya dulu, nanti cik pah x abih raya lagi menggangu pulak..

Anonymous said...

benih ketam nipah

RM 12 – <100g
RM 17 - 200g+/-
RM 19 – 300g+/–
RM 22 – 400g+/-

qoute per kilogram.
transport tak termasuk.
ex perak.
MinOrderQuantity >50kg

packed dlm styrofoam.

en azwan 0125654206

Anonymous said...

tahniah cik pah, saya harap boleh share pegalaman saya pon ada ternak jugak ketam nipah ni di besut, trg.

Anonymous said...

mcm mana nak ikat ketam tu? ngerinya tengok sepit dia, bole putus jari

fiexa said...

saya berminat nak macam mane nak ternak ketam.
harap dapat berikan info detail- kursus2 dan cara nak mula kan.
terima kasih.

Anonymous said...

AKUM cIK pAH...
tAHNIAH BUAT CIK PAH.. SY MMG MINAT NGAN BUSINESS KETAM NI...BIAR SY CITER SKIT PASAL KETAMKAT TPT SY. SY NI PART TIME LER PEMBORONG KETAM NI..TP SKG NI TAK LANCAR SGT SBB KLU KITA KLUARKAN BUDGET UTK ORG PI TANGKAP KETAM UTK KITA, BLAKANG HR MESTI KENA TIPU SBB PERMINTAAN KETAM NI CUKUP BAIK. TPT KILANG YG SY JUAL NI MAMPU KUMPUL 1 HINGGA 2 TAN KETAM NIPAH DLM SEHARI. DAN KLU TAK SILA ADA LBH KURANG 4-5 KILANG YG PAJAK KETAM KAT SINI. HARGA KAT SINI TAK BEGITU BAIK. 300G-500G RM9. 500G-700G RM12.50, 700G UP RM14.50 . 200G BELOW RM2.50 JAK. KLU KURANG ISI HARGA RM4.50 SJ BIAR BESAR 1KG SEKOR. SBB TU SY BERNIAT SGT NAK BELAJAR TERNAK KETAM NI. DPT UTK GEMUKKAN DIA SJ PUN DAH CKUP.. ANY WAYY...GOOD LUCK UTK U CIK PAH... TAHNIAH...

FIAN...
YELLOWISH_CP@YAHOO.COM

Anonymous said...

salam....
projek yang menarik......
sy dok rompin je.....
ingat nak melawat projek cik....
sy dulu terlibat dalam pertanian bahagian perbankan tetapi umur 27 thn dah bersara.....he...he....
boleh sms sy alamat cik...
zamri o16-9511873

Anonymous said...

salam..baru2 ni adik saya balik sabah dan dia ada belikan ketam utk kawan dia kat KL. Harga ketam kat sini murah, bekalan pun banyak..kawan adik saya sangat2 gembira sebab dapat mkan ketam yg bersaiz besar pd harga yg murah..ini membuatkan saya terfikir untk buat penghantaran ke smnjung, masalahnya tak tau nak cari pembeli kat sana.. saya pernah berkawan dengan seorang penyelia kilang ketam, dia selalu membuat penghantaran ketam hidup ke KL menggunakan kpl terbng..

email saya : adu3135@gmail.com

Anonymous said...

Salam,

Bagaimana nak hubungi Cik Pah berkenaan ternakan ketam nipah ini. Saya amat berminat utk ternak ketam nipah cuma takut dgn syarikat2 yg bnyk menipu org ramai pd masa sekarang ini...

Wasalam..

Unknown said...

Kat tempat saya di Seremban ada orang dah disgn sistem utk gemukkan ketam dan guna kotak aje,
sistemnya menarik kerana dia sendiri yang buat penternakan itu kat Kawasan Sikamat, Seremban, N9. Satu sistem RM 8,000.00.
Dia ambil benih kat siam.
So kalau ada orang Malaysia yang boleh bekal anak ketam kan ke lebih mudah.

Nak tahu hubungi Azhar 019-6697440 boleh kita bincang2. Saya pun tereingin nak bela ketam ni

Encik Senyum said...

salam cik pah.sy tertarik dgn ternakan ketam nipah ni.smlm sy br je mndgr taklimat mengenai ternakan ketam nipah secara kondominium yg di buat di sepang. ia mengunakn intergrated crab system. ketam yg dijual dlm keadaan soft shell.so harga dia lagi mahal.mungkin cik pah leh mencari ICS.

Ridwan said...

salam...cik pah.first of all,tahniah la coz berjaya menjalankan bisnes ketam nipah di tempat cik pah ni.sy ni mmg suke sgt dgn bisnes akuakultur ni.teringin jgk membuka bisnes akuakultur satu hari nnt.utk pengetahuan cik pah,sy ni slh satu student akuakultur di university m'sia terengganu.sy skrg sedang mencari-cari tempat untuk membuat latihan industri sy.rase mcm berminat pula dgn tempat penternakan ketam nipah cik pah ni.kalau cik pah xkeberatan, blh x sy buat latihan industri di tempat cik pah? blh la sy belajar serba sedikit tentang penternakan ketam ni ngah cik pah sambil2 membuat kajian tentang ketam ni. =)

mustafa ketam said...

assalamualaikum cik pah,masih ada ternak ketam lagi ke?saya berminat nak belajar pasal ketam nipah ni bagaimana?

al fakir pencari redho allah said...

projek ketam cik pah masih berjalan hngga skrg atau x? ...

Azry said...

puan.. apa beza ketam nipah dan ketam bangkang? lihat dari betuk dan rupa.. saa jer.. mohon penjelasan

Unknown said...

Salam...

boleh copy and paste link saudari.. untuk berkongsi pendapat.. tima kasih...

Anonymous said...

Biar sy tolong jawabkan.. beza ketam bangkang/batu dgn ketam nipah ialah kaki belakangnya.... kaki belakang ketam nipah ialah kaki berenang...

Anonymous said...

cik pah berape kos mula ternak ketam nipah

Unknown said...

Assalamualaikum cik Pah msh aktif lg ker trnak ketam nipah, blh tak kalau sya nak belajar cara2 ternak ketam dgn Cik Pah..

Anonymous said...

Salam cik pah. ....macam mana dengan pasaran dan berapa lama kah ketam itu boleh membesar??? Memang berminat sangat ni

Rizan said...

Salam Cik Pah,

Sy berminat...mcm mn nk contact cik pah?

Anonymous said...

Projik yg bagus.. Sya harap suatu hari nanti .sya boleh belajar cara cara menternak katam nipah dari kakak...

Unknown said...

kak..dlm sgkar tu kak ikat ketam tu utk bela kn
t klo ketam tu nk bersalin cangkerang x de problem ke kak..
sy ad wt cm2..yg nk brsalin tp x leh sbb diikat..last2 mati

Sobri Sharif said...

cikpah dah semkain sibok tu..tak sempat nak jawab pertanyaan..

haziq said...

Assalmualikm cik pah boleh bagi alamat lengkap sye nk gi blajar lah, boleh eh?

Anonymous said...

Saya ada buat proses ketam lembut dri segi market dan proses tak ada masalah.cuma yg jd masalah bg saya adalah benih ketam.skrg ni sya bergantung pada benih yg penduduk sekitar cari.yg mna tau kat mna ada bekal benih ketam tlg bg tau saya

Unknown said...

Assalamualaikum…saya tertarik dengan cara pemprosesan penternakan ketam nipah…mcm mne nk menghubungi saudara utk mengetahui lebih lanjut berkenaan penternakan ini?

Unknown said...

Nk beli.ketam ni cmmer

Anonymous said...

kami menjual benih ketam nipah...saiz 5mm ,harga seekor rm0.40.. berminat sila hubungi 017-9463491 (hariz) untuk maklumat lanjut

Unknown said...

Assalamualaikum & slamat sejahtera.. sy Mohd Fadirul bin Md Sah, selaku pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Terengganu...

Disini, saya & beberapa rakan saya telah berjaya menghasilkan benih ketam nipah (Scylla paramamosain) & utk cycle yg pertama ini, kami telah berjaya menghasilkan lebih kurang 100 000 crablet...

Jadi, sekiranya ada yang berminat untuk membeli atau bertanya mengenainya, sila pm atau hubungi saya di 014-5007249 (fadirul)...

harap maklum, terima kasih... ('',)

Anonymous said...

cik pah saya mencari pembekal ketam nipah contact saya 010-8617845

EATP said...

salam...sy pembeli ketam jika ada blh hubinggi sy 01162820645...sy blh ambik dgn kuantiti yg bnyk.

Unknown said...

Mcm mana nak dapatkan ketam nigh ni

Unknown said...

Salamualaikum. Can I start purchase this crab. Khinly col me at 01156606900

Unknown said...

Boleh contact saya ingin membeli ketam dalam jumlah yang banyak. Whatssap saya boleh tak 0168275113

Unknown said...

Bolehkah call saya 0143692090 nak oder

Anonymous said...

Masih menternak ketam lagi? Tlg watsap saya 0143299585.