Sunday, August 10, 2008

Ternakan Ketam Nipah - NIPAH ENTERPRISE(CA0128680-W)...'alam semulajadi sumber inspirasi..'

Sekapur Sirih..


NIPAH Ent…begitulah sinonnimnya nama syarikat Cik Pah ni dengan perusahaan ternakan ketam nipah yang Cik Pah sedang giat jalankan.…Ianya terletak di Kg Tanah Putih,Pekan Pahang...lebih kurang 17km dari bandar di Raja Pekan...dalam blog ni,Cik Pah akan berkongsi idea dengan kekawan sedikit sebanyak...





Macam-macam ketam..

Mungkin sekarang ramai dah semakin peka apa itu ketam nipah….lazimnya ketam nipah ni menjadi kegilaan hanya di kalangan bangsa Cina...tapi kini ianya tidak asing lagi bagi kaum Melayu dan juga India....


Ada sesetengah pihak yang mula mempertikaikan berkenaan hukum memakan ketam nipah ni…errmm..mai,Cik Pah nak khabaq mai….ketam nipah ni adalah dari jenis rustasia….ia bernafas menggunakan paru2,dan bukannya makhluk 2 alam sepertimana yang diperkatakan… ni dia fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam…










Hukum Menternak Ketam Nipah..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehsal Agama Islam kali ke-26.

Keputusan Muzakarah :
" Perusahaan menternak ketam nipah adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam…”

So,jgn la ragu wahai kawanku…ternak la tanpa was-was…

Pernah juga Cik Pah terpikir….kenapa ketam yang sebegini lazat sukar diperolehi?...pernah sekali tu Cik Pah pergi ke pasar borong Serdang bertanyakan tentang ketam nipah ni…tapi tiada seorang pun yang menjual ketam jenis ni…bila Cik Pah fikir2 balik..ermm,mungkin di sebabkan kawasan ‘mangroove swamp’ atau paya bakau yang terbatas…atau mungkin juga tidak ramai penternak yang berani menceburkan diri…atau juga mungkin ketam2 nipah ni dah semakin pupus…..hingga kini Cik Pah masih tercari2 akan jawapan yang pasti….

…buat pengetahuan kawan2 semua,negara pengeluar utama ketam nipah ni adalah Vietnam,Thailand,Sri Lanka dan juga Indonesia..


Bayangkan lah,sekilo ketam nipah bole mencecah sehingga RM40?...wowww!!sounds good….namun adakah ianya benar2 boleh di jadikan sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan kepada para penternak ketam?.....tepuk dada tanya selera…ahakss

Elok lah kalau Cik Pah berkongsi idea dengan kekawan semua….Cik Pah dah hampir 2 tahun menceburkan diri dalam bidang ni….market memang superb!!..tinggal lagi stock ajer yang kurang…manakala harga yang Cik Pah kenakan adalah berbeza mengikut saiz ketam2 tersebut…
Kebanyakkan tauke2 restoran berminat membeli ketam nipah yang diternak..cos ketam nipah yang ditangkap secara liar lazimnya punyai isi yang kurang padat,terutamanya time bulan penuh…

Pahit getir menternak ketam ni,kalau nak dikira, tidak terhitung banyaknya...masa mula2 Cik Pah running bisnez ni dulu..MashaAllah…memang rasa cam da nak quit….tapi Cik Pah terus kuatkan semangat…mana taknya,setiap hari kira-kira 5 ekor mati....bayangkanlah, betapa ruginya Cik Pah masa tu…namun ternyata,pengalaman mengajar kita bagaimana memperbaiki diri…

Dengan pengalaman yang ada ini lah, Cik Pah kini mampu menarik nafas lega…



INFO KETAM NIPAH (Scylla Serrata /Mud crab)



Nama saintifik ketam nipah ni adalah Scylla Serrata….Kat sini Cik Pah ingin berkongsi sedikit sebanyak info penternakan ketam ni dengan kekawan semua…tak ke mana pun kalau kita lokek ilmu kann…


AIR


Ketam jenis ni hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan. Itu sebab kedalaman air kolam hendaklah sekurang2nya 3 kaki dalam. Cos kalau cetek, bila hujan 3 hari berturut2, air kolam dengan cepat akan berubah menjadi tawar. Satu lagi,kitaran air kolam hendaklah diambil kira juga. Sebaik2nya, pastikan air sungai sentiasa kuar masuk ke dalam kolam bagi tujuan pembersihan, cos air yang kotor boleh menyebabkan ketam2 tersebut mudah dijangkiti bakteria. Tambahan lagi, proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar2 bersih!!!..




KOLAM

Sistem penternakan yang Cik Pah jalankan masih lagi ‘conventional’,yang mana Cik Pah aplikasikan kehidupan ketam dalam kolam dengan kehidupan semulajadi ketam2 tersebut. Contoh…tanam pokok nipah di sekeliling kolam,serta pokok2 lain yang boleh meredupkan persekitaran kolam. Pastikan kolam mempunyai tempat perlindungan bagi ketam..contoh,dengan menanam pokok nipah. Cos pelepah nipah ni sejuk,dan menjadi kawasan perlindungan yang amat baik untuk ketam. Selain itu juga,pelepah nipah ni berfungsi sebagai tempat perlindungan dari ketam2 yg buas lagi ganas..


Ketam-ketam ni tengah syiok main air....









video



MAKANAN


Cik Pah bagi makan ketam setiap hari…tak pernah mis,,, …cos makin kerap bagi makan,makin cepat la ketam2 membesar… waktu petang adalah time yang paling sesuai bagi makan…Cik Pah bagi makan ikan baja…kalau kat pasar, RM1.50 sekilo je..…(kalau pandai bodek tauke ikan,lagi dapat murah..huhu)



PASARAN

Bila ketam2 ni da capai berat sekitar 300g, maka Cik Pah dah start jual. Cos 300g ni dikira tempoh matang yang standard. Harga yang Cik Pah jual pula depends pada saiz ketam2 tersebut...lazimnya saiz ketam yang besar harganya lebih mahal dari saiz ketam yang kecil…. Masa packing plak,make sure ketam2 tu siap diikat dengan ikatan yang kemas..kalau tak,si ketam ni akan bergaduh sesama sendiri,sehingga boleh menyebabkan kematian…



















HARGA

Manakala harga yang Cik Pah kenakan berbeza mengikut saiz ketam..

Ketam saiz besar = RM30 sekilo (600g-keatas)

Ketam saiz sederhana = RM25 sekilo (400g-599g)

Ketam saiz kecil = RM24 sekilo (300g- 399g)




Kenali Ketam Nipah



Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya...berbeza pula dengan ketam betina…yang mana ketam betina ni,saiz badannya lebih besar dari sepit…

Ketam jantan

Ketam betina






















Selama pemerhatian Cik Pah,ketam betina ni lebih sensitif jika dibandingkan dengan ketam jantan…contoh: saliniti air

Ketam nipah dalam kolam Cik Pah ni ada pelbagai jenis warna…sila lihat gambar...







Ketam warna merah selalunya mendapat permintaan yang lebih tinggi…ini disebabkan isinya lebih padat jika dibandingkan dengan ketam2 yang berlainan warna…(tengok aja la betapa ganasnya ketam merah ni…tak pernah yang tak ternganga sepitnya...huhuh..AWAS!!)


Nak mengikat ketam ni pun kena lah ada caranya…bukan boleh main taram jer..salah cara jer,abis tercabut sepit atau kaki2 nya….kan da rugi nanti…





Besar tak ketam ni!!..haaa…jangan tak tau…ketam ni diberi nama Mr Bob...comot skit…usianya da hampir 6 bulan…kira jantung hati Cik Pah la ni…ganas u!!!

Insyallah,dengan keizinan Allah,3 biji kolam kini dalam proses untuk dibuka...awal tahun 2009,maka beroperasi lah ia.....ingat tu kekawan,'di mana ada kemahuan,di situlah ada jalannya'...bukan mudah nak jadi senang ni ....


HIDANGAN KETAM NIPAH (ermm..yummyy..)


Ternyata,keenakkan ketam nipah ini tiada tandingannya jika dibandingkan dengan sea food yang lainnya….sekali rasa,pasti nak lagi…di tambah pula dengan cara masakan yang kena dengan selera si pemakannya…ermm,pastinya sehingga menjilat jari!!

Ketam nipah ni sesuai dimasak dengan apa juga jenis masakan…kari,sup,masak kicap,sweet sour,percik,rendang,lemak cili padi dan banyak lagi…




">Link

NIPAH ENT. MENGEMBANGKAN SAYAPNYA

Pada pertengahan 2008,selangkah demi selangkah NIPAH Ent mula mengorak langkah dalam industri penternakan…namun kali ini,dalam penternakan kambing Boer pula….(tamak dalam bisnez takpa kan..ahakss..)


Kandang Boer yang masih dalam pembinaan...










Meeting di kalangan ahli lembaga pengarah NIPAH ENT…huhuh…(yang tengah cekak pinggang tu baru je naik pangkat sebagai CEO..huhuh)



Tanggal 15 Julai 2008,tersergam la kini sebuah kandang kambing yang diberi nama ‘TERATAK BOER’….
















Untuk peringkat permulaan,Cik Pah hanya masukkan sebanyak 6 ekor kambing boer ….Cik Pah akan masukkan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa…boleh aje kalau Cik Pah nak masukkan sekali 30 ekor..tapi atas nasihat ramai,sebaik2nya masukkan sebilangan kecil dahulu….

Tanggal 15/8/08...tiba la rombongan Cik Kiah(kambing2 Boer ku) ke teratak Boer...ahakkss..


tengah tunggu turn tuk di bawa turun..saba nooh..




tu dia si Net..paling kenet antara yang lain2nya...Net ni pure Boer female




haa..sapa punya angkara tuh!!baru sampai je da terkucil...huhhu..terkezut ekk

Untuk mendapatkan keterangan lanjut,sila layari http://kambingpekan.blogspot.com/